BAYARAN STR FASA 1 : SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

BAYARAN STR FASA 1 : SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

Bantuan Tunai Rahmah akan mula disalurkan bermula 20 Januari 2026 secara terus kepada penerima bantuan. Setiap penerima akan menerima sejumlah bantuan yang telah pun ditetapkan kadar penyalurannya.

Berapakah bayaran STR fasa 1? Teruskan membaca untuk ketahui maklumat berikutnya dibawah.

BACA JUGA: CARA SEMAKAN EKASIH 2026

SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 1

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja berpandukan rujukan dibawah:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa 1 akan dilaksanakan pada 20 Januari 2026, Selasa ini secara terus kepada penerima.

Penyaluran akan mengambil masa selama dua atau tiga hari kerana ianya disalurkan secara berperingkat.

JUMLAH BAYARAN PENERIMA STR FASA 1

Bayaran yang akan diterima oleh penerima Sumbangan Asas Rahmah untuk fasa yang pertama ini adalah seperti berikut mengikut kategori:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
BAYARAN FASA 1
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1-2 : RM1,200
Anak 3-4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1-2 : RM300
Anak 3-4 : RM400
Anak 5 dan Ke atas : RM500
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Tiada (0) Anak : RM100
Anak 1 hingga 2 : RM100
Anak 3 hingga 4 : RM150
Anak 5 dan Ke atas : RM200
Warga emas tiada pasanganRM600RM150
BujangBayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARABayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Penerima akan menerima bayaran yang disalurkan dengan dua kaedah bergantung kepada jenis penerima berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment