BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN, PERMOHONAN, REGISTER, DAFTAR mySTR & KEMASKINI
Pada tahun hadapan iaitu tahun 2026, bantuan STR akan diteruskan juga dengan kelayakan yang telah disenaraikan mengikut kategori masing-masing.
Beberapa pembaikan telah dibincangkan serta dilaksanakan untuk menambah baik penyaluran bantuan STR ini.
Bagaimanakah Bantuan Tunai Rahmah 2026? Sila teruskan bacaan sehingga ke bawah.
BACA JUGA: JUMLAH STR FASA 4
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR 2026
Merujuk kepada pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan, penerima baharu dan juga penerima STR 2025 dikehendaki mendaftar akaun mySTR terlebih dahulu. Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN LOG MASUK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Semakan status penerima boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi STR setelah selesai mendaftar akaun mySTR. Berikut merupakan panduan untuk log masuk:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Bagi memastikan data yang dikemukakan adalah terkini dan tepat, penerima digalakkan untuk mengemaskini maklumat bagi mengelakkan sebarang masalah seperti permohonan ditolak disebabkan maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat. Berikut adalah panduan ringkas cara untuk mengemaskini maklumat permohonan STR 2026.
- Layari portal rasmi STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.gov.my
- Seterusnya, klik pada menu utama Laman Utama MySTR 2026.
- Klik butang Log Masuk untuk meneruskan kepada halaman semakan dan kemaskini permohonan.
- Sistem akan membawa anda ke halaman Semakan Pemohonan.
- Jika anda pernah membuat permohonan STR sebelum ini tetapi belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Klik pada Daftar Pengguna Baru dan ikuti arahan untuk mencipta akaun baharu.
- Jika anda sudah mempunyai akaun STR, cukup klik SEMAK dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Pastikan maklumat ini dimasukkan dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah log masuk.
- Setelah berjaya log masuk, paparan Dashboard akan dipaparkan. Klik menu Kemas Kini Permohonan untuk memulakan proses kemaskini maklumat.
- Maklumat permohonan anda akan dipaparkan.
- Pilih bahagian maklumat yang anda ingin tukar.
- Setiap pertukaran maklumat, sila tekan [Teruskan].
- Kemudian, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Selesai.
PERMOHONAN BARU BANTUAN STR 2026
Anda yang belum pernah atau belum lagi membuat permohonan bantuan STR untuk sesi 2026, boleh melakukannya segera dengan merujuk panduan di bawah:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon dan Pilihan Pekerjaan.
- Isikan Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Pilih status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan
- Bujang
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
RUJUKAN
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai Panduan Permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.