BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY : FASA 1 2026 SEMAKAN KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN STR
Kerajaan Malaysia telah menganjurkan program bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan ekonomi pada masa kini ekoran bebanan yang ditanggung agak tinggi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bantuan yang dilancarkan adalah bantuan STR dan SARA yang telah dijalankan sejak tahun-tahun lalu. Penerima bantuan yang menepati kriteria yang ditetapkan akan menerima bantuan melalui kaedah tertentu.
Bagaimanakah bantuan tunai hasil gov my? Sila ikuti info-info terkini yang disenaraikan dibawah.
BACA JUGA: BILA MASUK MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY
Semak syarat berikut untuk ketahui kategori kelayakan anda:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY
Status kelayakan boleh disemak secara dalam talian sahaja dengan menuruti panduan yang disediakan di bawah:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR 2026
Penerima yang telah disahkan boleh mula mendaftar akaun baharu MySTR 2026 bagi mengemaskini data peribadi dan info yang terkini dalam sistem. Rujuk panduan dibawah untuk melakukannya:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY
Bantuan Tunai Hasil untuk sesi 2026 Fasa 1 adalah disalurkan kepada penerima yang berstatus lulus permohonan pada 20 Januari 2026 iaitu pada hari Selasa. Penerima atau pemohon boleh melakukan semakan terlebih dahulu bagi memastikan kategori yang diluluskan adalah yang betul.
Penerima juga harus memastikan pendaftaran akaun bank di sistem adalah yang masih aktif dan boleh digunakan sementara penerima yang tidak mempunyai akaun boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
JUMLAH BANTUAN SECARA KESELURUHAN
Rajah dibawah menunjukkan jumlah bantuan yang disalurkan secara keseluruhannya mengikut kategori masing-masing:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.