BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN
Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan satu program bantuan yang dinamakan sebagai SYUKUR Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah). Program bantuan ini akan disalurkan kepada penerima secara tunai setiap bulan sebanyak RM200.
Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah supaya dapat meringankan lagi beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat sepanjang tahun.
Bagaimanakah bantuan SYUKUR Sabah 2026? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui info terkini mengenai bantuan.
BACA JUGA: BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Rakyat Sabah yang mempunyai kriteria seperti berikut boleh membuat permohonan untuk menjadi penerima bantuan ini:
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)
- Penambahan kriteria penerima:
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Catatan: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
GARIS PENDAPATAN KEMISKINAN NEGERI SABAH
Penentuan untuk meletakkan seseorang individu atau isi rumah itu sebagai kategori miskin dan miskin tegar bagi SYUKUR Sabah 2026 adalah berdasarkan Garis Pendapatan Kemiskinan (GPK) tahun 2022 seperti di bawah ini:
| Kategori Kemiskinan | Pendapatan Isi Rumah (Sebulan) | Pendapatan Per Kapita (Sebulan) |
|---|---|---|
| Miskin | RM 2,843 | RM 720 |
| Miskin Tegar | RM 1,257 | RM 310 |
Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan semua ahli keluarga dalam satu rumah, manakala per kapita ialah purata pendapatan bagi setiap ahli isi rumah.
Rakyat Sabah yang berada dalam julat pendapatan ini yang berdaftar dalam eKasih serta PADANS dan juga memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan adalah berpotensi layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) yang terbuka kepada rakyat Sabah yang berkelayakan:
- Log Masuk Sistem PADANS. Layari portal rasmi PADANS Sabah di https://padans.sabah.gov.my/ & log masuk.
- Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Permohonan Baru SKR” dan isi borang untuk daftar akaun pengguna.
- Pilih Borang Permohonan.
- Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
- Lengkapkan Maklumat Diperlukan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Hantar Permohonan
- Semak semula maklumat dan klik hantar. Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2026
Bantuan ini mempunyai tiga cara untuk membuat semakan kelayakan penerima. Rujuk ketiga-tiga panduan berikut di bawah:
- Semakan Online Melalui Portal SYUKUR Sabah
- Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Klik butang “Semak”.
- Status kelayakan akan dipaparkan sama ada:
- Layak
- Tidak Layak
- Dalam Semakan
- Semakan Online Melalui PADANS Sabah
- Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.
- Semakan Status Melalui Aplikasi YONO SuperApp
- Muat turun aplikasi YONO melalui Google Play atau App Store.
- Log masuk ke akaun anda.
- Pilih modul “Bantuan”.
- Semak status kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2026.
Berikut boleh dilakukan sekiranya nama anda tidak tersenarai sebagai layak menjadi penerima:
- Menyediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bil utiliti atau surat pengesahan ketua kampung.
- Mengemaskini atau mendaftar maklumat terkini dalam sistem PADANS atau eKasih.
- Berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan berhampiran di Sabah untuk pendaftaran manual.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Berikut merupakan jadual bayaran yang akan disalurkan kepada penerima mengikut ketetapan yang disediakan:
| Fasa | Tempoh Bulan | Tarikh Agihan | Jumlah Bantuan |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 2 | April – Jun | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 3 | Julai – September | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
CATATAN: Tarikh agihan tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri Sabah.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Penyaluran akan dilakukan seperti kaedah berikut:
- Akaun Bank: Bantuan akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar dalam sistem PADANS/eKasih.
- Tunai: Bagi penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses perbankan yang stabil, bantuan boleh disalurkan secara tunai melalui mekanisme yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis bagi memudahkan pengguna untuk mencari rujukan mengenai info terkini bantuan negeri Sabah. Untuk sebarang soalan atau info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026, sila rujuk pada :
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah : syukur.sabah.gov.my
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
- Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya https://www.facebook.com/SekretariatSMJ
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: 088 338 338 / 010 – 5828207 (Whatsap)