BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN ONLINE

BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN ONLINE

Kadar kemiskinan di Sabah amat serius sehingga menunjukkan jurang yang ketara apabila dibandingkan di peringkat nasional. Hal ini telah membawa kepada bantuan Sabah yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang bergelut dengan kemiskinan dan kegawatan ekonomi dalam kehidupan.

Apakah bantuan SYUKUR Sabah 2025? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk ketahui maklumat penting yang dikongsikan.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN STR 2025

APAKAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu rakyat yang tengah bergelut dengan kos sara hidup yang kian bertambah dengan arus kemodenan kini. Rakyat yang berkelayakan akan menerima sejumlah bantuan sebanyak RM300 sebulan untuk perbelanjaan seisi keluarga.

Penyaluran adalah secara berfasa iaitu selama tiga bulan untuk satu fasa sehingga akhir tahun ini. Kerajaan Negeri Sabah amat berharap agar rakyatnya dapat bebas daripada kemelut kemiskinan tegar yang dialami sejak kian lama.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan disalurkan secara berfasa dan berperingkat kepada rakyat yang berkelayakan. Rujuk jadual berikut untuk ketahui:

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)
Januari – Mac
Februari 2025
Kedua (2)
April – Jun
April – Mei 2025
Ketiga (3)
Julai – September
September 2025
Keempat (4)
Oktober – Disember
November 2025

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Status terkini boleh dibuat semakan secara dalam talian sahaja seperti panduan berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment