BANTUAN SARA UNTUK SEMUA : SEMAKAN STATUS ONLINE 2025
Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan sebelum ini hanyalah kepada penerima bantuan STR sahaja yang terdiri daripada beberapa kategori. Kini, semua rakyat dewasa Malaysia adalah berkelayakan untuk turut menerima bantuan ini yang akan disalurkan secara one off menerusi MyKad masing-masing.
Apakah bantuan SARA untuk semua? Ikuti pencerahan info lanjut mengenai bantuan ini dibawah.
BACA JUGA: MY SALAM 2025
APAKAH BANTUAN SARA UNTUK SEMUA
Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah berkelayakan untuk menerima bantuan SARA yang akan disalurkan secara one off menerusi MyKad masing-masing.
Penyaluran ini akan dikreditkan pada 31 Ogos 2025 ini bersamaan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM100 dan boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di 4100 buah kedai runcit dan pasaraya di seluruh Malaysia.
Penggunaan bantuan ini adalah sehingga 31 Disember 2025 iaitu hujung tahun ini. Oleh itu, anda digalakkan untuk menebus bantuan ini dan gunakan dengan sebaik mungkin.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA UNTUK SEMUA
Status penerima boleh disemak secara dalam talian sahaja dengan menuruti panduan berikut:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
Catatan: Untuk semakan status penerima SARA Untuk Semua adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Baki dalam MyKad boleh disemak dengan mudah melalui tiga kaedah ini iaitu:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]