BANTUAN SARA MYKASIH RM100 : SEMAKAN STATUS 2025
Penerima bantuan ini disarankan untuk membuat semakan untuk mengetahui status terkini dan juga memastikan kad pengenalan masing-masing adalah aktif dan boleh digunakan. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah sewaktu pembelian dan pembayaran di kedai atau pasaraya.
Bagaimanakah bantuan SARA MyKasih RM100? Ikuti maklumat selanjutnya di bawah ini.
BACA JUGA: STR 2025 SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya dua syarat yang akan dikemukakan untuk menjadi penerima bantuan tambahan ini iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA MYKASIH RM100
Bantuan SARA one off akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke -68 ini ke dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia sebanyak RM100.
Penggunaan bantuan ini adalah untuk membeli kelengkapan barangan asas yang mempunyai label MyKasih untuk kegunaan seisi keluarga sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100
Ketahui status kelayakan masing-masing dengan merujuk panduan dibawah ini:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
Catatan: Untuk semakan status penerima SARA one off ini adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
CARA SEMAK BAKI DALAM MYKAD
Berikut merupakan tiga kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan baki bantuan:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS SARA
Berikut merupakan langkah-langkah yang harus diikuti untuk membuat sebarang pembelian menggunakan kad pengenalan:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
- Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]