BANTUAN SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN

BANTUAN SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN

Memandangkan isu ekonomi di Malaysia kini semakin meruncing, rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan boleh membuat permohonan bantuan SARA 2025 yang akan disalurkan pada setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seisi keluarga.

Apakah bantuan SARA hidup 2025? Teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk ketahui info yang lebih terperinci.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Berikut merupakan kriteria penerima bantuan SARA 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 2025

Penerima boleh membuat semakan status bantuan dengan menuruti dua panduan yang diberikan berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

KADAR PENGKREDITAN BULANAN

Bantuan SARA 2025 ini disalurkan secara bulanan kepada penerima melalui MyKad penerima masing-masing untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya atau kedai runcit yang berdaftar. Rujuk rajah berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan yang disalurkan ke MyKad penerima masing-masing:

  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment