BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN : CARA CHECK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Setiap penerima haruslah sentiasa membuat semakan jumlah baki yang ada dalam kad pengenalan masing-masing sebelum mebuat pembelian barangan keperluan. Hal ini supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah kekurangan jumlah pembelian sewaktu pembayaran hendak dilakukan di kaunter bayaran.
Penerima juga boleh menyemak jenis barangan dan jenama barang yang hendak dibeli terlebih dahulu sama ada tersenarai dalam senarai barangan keperluan yang diluluskan atau tidak.
Bagaimanakah bantuan SARA 2026 semakan? Teruskan membaca untuk ketahui info-info terkini di bawah.
BACA JUGA: STR FASA 2 2026
BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN STATUS
Pandua dibawah adalah untuk anda rujuk bagi melakukan semakan status kelayakan anda sebagai penerima bantuan:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan adalah boleh diketahui dengan panduan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Tarikh pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 melalui MyKad ialah pada 1 haribulan setiap bulan. Namun bagi bulan Januari, ia akan dikreditkan pada 9 Januari 2026.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Kerajaan telah pun menetapkan jumlah bantuan yang mencukupi untuk setiap kategori. Rujuk rajah berikut untuk semakan:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]