BANTUAN SABAH : SEMAKAN STATUS FASA 2 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR)
Program sumbangan untuk rakyat ini membolehkan penerima yang layak menerima bantuan sebanyak RM900 untuk setiap tiga bulan. Penyaluran bantuan ini adalah secara berfasa iaitu daripada fasa pertama sehingga ke fasa keempat selama setahun.
Apakah bantuan Sabah? Ikuti pencerahan lebih lanjut mengenai bantuan di bawah ini.
BACA JUGA: MYKASIH LOGIN
APA ITU BANTUAN SABAH
Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau lebih dikenali sebagai SYUKUR merupakan salah satu sumbangan untuk rakyat yang terdiri daripada golongan miskin tegar. Beberapa kelayakan akan diambil kira agar rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan sahaja yang akan menerimanya.
Program ini juga akan melibatkan beberapa gerakan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menggerakkan jenteranya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar untuk memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN
Tarikh rasmi untuk pembayaran pada fasa ketiga kali ini masih belum dihebahkan lagi oleh pihak kementerian. Sila rujuk jadual berikut untuk ketahui pembayaran yang bakal disalurkan kelak:
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) Januari – Mac | Februari 2025 |
Kedua (2) April – Jun | April – Mei 2025 |
Ketiga (3) Julai – September | September 2025 |
Keempat (4) Oktober – Disember | November 2025 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Penerima bantuan boleh merujuk langkah-langkah berikut untuk melakukan semakan terkini secara dalam talian:
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/