BANTUAN RM300 SABAH PEMBAYARAN : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 bagi membendung krisis kemiskinan yang melanda negeri ini. Kadar kemiskinan tegar di Sabah amat tinggi terutamanya di beberapa kawasan pedalaman sehingga meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia.
Justeru, dengan pelancaran program bantuan ini dapat membasmi masalah kemiskinan dan juga mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Sabah.
Bilakah bantuan rm300 Sabah pembayaran? Ikuti info selanjutnya dibawah ini.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
APA ITU BANTUAN RM300 SABAH
Program bantuan ini turut dipanggil sebagai program SYUKUR dimana pelaksanaannya adalah diluluskan oleh Kabinet Menteri dan juga Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Mekanisme bantuan ini adalah setiap ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah bakal menerima bantuan bulanan sebanyak RM300. Hal ini akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima setiap suku tahun.
Motif utama bantuan ini adalah bertujuan membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup dan mengurangkan krisis kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Individu atau rakyat Sabah yang mempunyai kriteria berikut adalah layak untuk menerima bantuan ini:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
JUMLAH BANTUAN SABAH
Kadar bantuan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM300 SABAH
Penyaluran bantuan Sabah ini adalah pada:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Pelaksanaan bantuan Sabah dijangka akan bermula pada Februari 2025. Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan kemudian, dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
SEMAKAN BANTUAN SABAH DAN KAEDAH PENYALURAN
Setakat ini, maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini pihak kami dari masa ke semasa.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
Bila tarikh masuk bantuan