BANTUAN RM100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS 2025

BANTUAN RM100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS 2025

Pada Hari Kemerdekaan yang ke-68 kelak, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas akan mendapat bantuan SARA yang akan disalurkan ke MyKad penerima masing-masing. Penyaluran ini adalah untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan juga kedai runcit berdaftar.

Bagaimanakah bantuan RM100 one off? Sila ikuti penerangan dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: CARA TUKAR MYKAD ROSAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan yang diperlukan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 ONE OFF

Bantuan SARA one off ada menyediakan pautan rasmi untuk penerima yang ingin membuat semakan hanya melalui dalam talian sahaja iaitu:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA PENGGUNAAN BANTUAN RM100 ONE OFF

Berikut merupakan kaedah penggunaan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment