BANTUAN PERUBATAN MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN PERUBATAN MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan satu skim bantuan iaitu Bantuan Perubatan Madani kepada rakyat yang daripada golongan B40 dan penerima STR.

Skim ini membolehkan penerima mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta yang terpilih dan berdaftar secara percuma terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut.

Bagaimanakah bantuan perubatan Madani? Ikuti maklumat selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: CARA BELI MINYAK MASAK PEKET

SKIM PERUBATAN MADANI 2025

Kerajaan Madani berusaha untuk mengekalkan kesejahteraan rakyat Malaysia dari segi kewangan dengan menyalurkan pelbagai bantuan untuk urusan perbelanjaan bulanan.

Kini, kerajaan bersama Kementerian Kesihatan telah bersepakat membina satu skim untuk menampung keperluan kesihatan bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).

Skim Perubatan Madani ini memberikan keistimewaan kepada penerima untuk mendapatkan rawatan ringan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar.

Rakyat boleh merujuk kepada senarai berikut untuk mengetahui bagaimana skim ini berfungsi:

  1. Kelayakan bantuan ini boleh disemak melalui laman rasmi Protect Health, MySejahtera atau aplikasi MySejahtera. Kelayakan adalah secara automatik maka tidak memerlukan pendaftaran.
  2. Pergi ke klinik swasta (GP) yang berdaftar iaitu yang mempunyai pelekat Skim Perubatan Madani dengan membawa MyKad penerima.
  3. Rawatan ringan akan diterima secara percuma termasuk konsultasi, ubat dan prosedur ringan.
  4. Makluman baki manfaat akan diterima melalui SMS, atau anda juga boleh semak di klinik atau hubungi saluran rasmi seperti ProtectHealth

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Penerima bantuan STR 2025 adalah secara automatik menjadi penerima bantuan ini dan tidak memerlukan untuk melakukan pendaftaran termasuklah:

  • Isi rumah berkeluarga
  • Warga emas tanpa pasangan (60 tahun ke atas)
  • Individu bujang berumur antara 21 hingga 59 tahun
  • Tidak menerima manfaat yang sama atau serupa daripada skim lain selain Skim Perubatan MADANI, seperti skim majikan atau agensi kerajaan lain.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN PERUBATAN MADANI 2025

Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan. Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:

  • Melalui laman web Protect Health
    1. Layari laman web rasmi Protect Health melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
    2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
    3. Tandakan “I’m not a robot”
    4. Klik “Semak”.
    5. Paparan “Layak” Menerima Rawatan Kesihatan Percuma akan dipamerkan sekiranya anda layak.
  • Melalui aplikasi MySejahtera
    1. Bagi pengguna MySejahtera, semakan kelayakan boleh dilakukan melalui aplikasi tersebut.
    2. Paparan akan muncul pada HOME page MySejahtera anda. Klik “Check my eligibility” untuk semakan kelayakan menerima Skim Perubatan Madani atau tidak.
    3. Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.

JENIS RAWATAN PERCUMA YANG DITAWARKAN

Rawatan PERCUMA yang boleh diterima menggunakan skim perubatan ini adalah seperti berikut:

  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
    • Demam dan selsema
    • Cirit-birit dan muntah
    • Terseliuh
    • Sakit kepala
    • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
    • Imunisasi rutin
    • Saringan kesihatan
    • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    • Perancangan keluarga rutin
    • Perkhidmatan rehabilitasi
    • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    • Permintaan suplemen

JUMLAH BANTUAN PERUBATAN MADANI 2025

Had kos rawatan yang ditanggung di bawah Skim Perubatan Madani 2025 adalah mengikut kategori penerima beserta dengan jumlah maksimum tahunan iaitu:

KATEGORI PENERIMA STRJUMLAH KOS RAWATAN DITANGGUNG (RM)
Isi Rumah BerkeluargaRM 250
Warga Emas (tanpa pasangan)
– 60 tahun ke atas
RM 125
Bujang
– 21-59 tahun
– 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)
RM 75

Setiap kali rawatan diberikan di mana-mana klinik berdaftar, jumlah ini akan berkurang mengikut kos rawatan yang telah digunakan.

LOKASI KLINIK BERDAFTAR

Carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI yang terdekat boleh dilakukan dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
  2. Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
  3. Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
  4. Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin

CARA PENGESAHAN IDENTITI MELALUI OTP

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan pin OTP sewaktu mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih:

  1. Klik logo “Perubatan MADANI” di aplikasi.
  2. Klik pada mana-mana menu yang dipaparkan.
  3. Klik “Login” untuk ke paparan PENGESAHAN PENGGUNA. Masukkan no Mykad/Mykid/Passport dan Nombor Telefo berdaftar, kemudian klik “Mohon OTP”.
  4. Masukkan 6 digit OTP yang diterima melalui SMS di nombor telefon berdaftar. Kemudian, klik “Sahkan OTP”.
  5. Klik “Setuju” untuk bersetuju dengan POLISI PRIVASI Skim Perubatan MADANI.

Pin OTP berfungsi sebagai pengesahan identiti penerima manfaat Skim Perubatan MADANI.

SEMAK BAKI BANTUAN PERUBATAN MADANI

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan baki iaitu:

  1. Semakan ketika lawatan ke klinik swasta berdaftar
    • Semasa anda mendapatkan rawatan di klinik yang mengambil bahagian dalam skim ini, anda boleh terus bertanya baki manfaat yang tinggal kepada staf klinik. Mereka akan mengemaskini dan memberikan maklumat baki secara segera.
  2. Melalui aplikasi Skim Perubatan Madani
    • Anda boleh muat turun aplikasi rasmi Skim Perubatan Madani (tersedia di Google Play Store dan Apple App Store) untuk membuat semakan baki dan kelayakan secara dalam talian.
  3. Hubungi talian ProtectHealth
    • Anda juga boleh menghubungi nombor telefon +603-8687 2525 untuk pertanyaan berkaitan baki manfaat dan maklumat lain mengenai Skim Perubatan Madani.
  4. Melalui SMS atau mesej yang dihantar selepas rawatan
    • Biasanya, selepas menghadiri rawatan di klinik, anda akan menerima mesej pengesahan yang turut memaparkan baki manfaat yang masih ada.

RUJUKAN

Kami hanya berkongsi maklumat terkini bagi memudahkan capaian dan carian pengguna mengenai info dan perkembangan bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk sebaran pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:

Leave a Comment