BANTUAN MADANI RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN MADANI RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan Madani telah mengumumkan bahawa semua rakyat dewasa Malaysia bakal menerima saluran bantuan menerusi kad pengenalan pada Hari Kebangsaan kelak iaitu pada 31 Ogos 2025.

Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan dan memastikan kad pengenalan aktif dan boleh digunakan.

Bagaimanakah bantua madani RM100? Sila teruskan membaca artikel ini sehingga ke bawah untuk mengetahui info terkini.

BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN STR

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MADANI RM100

Berikut merupakan syarat yang dikenakan untuk menjadi penerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MADANI RM100

Rujuk panduan berikut untuk menyemak status kelayakan anda sebagai penerima:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Catatan: Untuk semakan status penerima SARA Untuk Semua adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

KAEDAH SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD

MyKad yang disalurkan bantuan ini boleh disemak baki terkini dengan menggunakan tiga kaedah berikut:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
  4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
  3. Selesai.

PANDUAN MEMBELI BARANGAN SARA

Penerima bantuan harus menuruti panduan berikut bagi mengelakkan masalah berlaku sewaktu pembayaran di kaunter:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
  7. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

Info: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment