BANTUAN DALAM MYKAD RM100 2026 : SEMAKAN
Memandangkan hari ni akan dikreditkan bantuan SARA one off kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, semestinya ramai yang akan berkunjung pasaraya dan kedai-kedai runcit terpilih yang akan dijadikan tempat untuk membelanjakan bantuan tersebut.
Pada tahun 2026 ini, beberapa kedai kecil yang terlibat dalam program SARA disasarkan akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026, berbanding pada akhir tahun lepas hanya lebih 3,000 yang melengkapi cawangan pasar raya sedia ada.
Bagaimanakah bantuan dalam MyKad RM100 2026? Teruskan membaca untuk ketahui maklumat terkini mengenai bantuan SARA one off ini.
BACA JUGA: MYBRAIN 2026 REGISTRATION
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Bantuan ini akan disalurkan kepada individu yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur Bermula 18 tahun dan ke atas
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM100 2026
Bantuan akan mula disalurkan kepada penerima dan boleh digunakan pada tarikh berikut:
| JUMLAH BANTUAN (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| RM100 (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan SARA ONE-OFF mula disalurkan pada bulan Februari adalah sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 2026
Kelayakan penerima boleh disemak dengan merujuk panduan yang disediakan berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Bagi penerima yang tidak mengetahui barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan boleh membuat semakan dengan melayari pautan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]