BANTUAN BUDI RON95 – SEMAKAN STATUS & SEMAK BAKI
Setiap penerima BUDI95 ini akan mendapat kuota sebanyak 300 liter sebulan dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa.
Bukan semua rakyat akan mendapat manfaat ini dan beberapa syarat ada dikenakan agar bantuan subsidi ini digunakan oleh penerima yang sepatutnya dan tiada ketirisan berlaku.
Bagaimanakah bantuan BUDI RON95? Ikuti info selanjutnya yang terkini ada di dalam artikel di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH
KELAYAKAN BANTUAN BUDI RON95
Berikut adalah syarat-syarat untuk menikmati subsidi minyak petrol RON95 yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia:
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
- Tidak bergantung pada kategori B40 atau M40. Sebaliknya, ia berdasarkan kriteria pendapatan yang lebih terperinci, seperti Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU.
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu
Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
SEMAKAN STATUS LAYAK SECARA ONLINE
Rakyat boleh melayari pautan berikut dan turuti panduan dibawah untuk ketahui status kelayakan anda:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini: https://www.budi95.gov.my/landing
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang Semak Kelayakan Individu.
- Seterusnya, sila masukkan no. MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang Semak Kelayakan.
- Status ‘LAYAK’ akan dipaparkan sekiranyan anda layak untuk kategori individu.
- Selesai.
KAEDAH TEBUS BANTUAN BUDI RON95 DI STESEN MINYAK
Proses yang perlu dilakukan adalah sangat mudah kerana menggunakan kaedah yang hampir sama seperti anda menggunakan kad debit atau kredit. Berikut merupakan langkah-langkahnya:
- Letakkan MyKad di Pam: Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
- Sistem Menyemak Kelayakan: Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
- Paparan Harga: Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
- Buat Bayaran: Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
- Jika Tidak Layak: Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.
KAEDAH TEBUS BUDI95 GUNA APLIKASI SETEL
Penerima subsidi minyak petrol yang ingin mengisi petrol di stesen minyak Petronas boleh melakukannya menggunakan aplikasi Setel yang lebih mudah dan cepat. Berikut merupakan langkah-langkahnya:
- Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
- Klik pada butang “Purchase Fuel”
- Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
- Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
- Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
- Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa.
SEMAKAN BAKI BANTUAN BUDI RON95
Baki kuota yang digunakan boleh disemak melalui portal rasmi yang disediakan. Rujuk langkah-langkah berikut:
- Cara Semakan Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Portal Budi Madani
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ .
- Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
- Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.
- Setelah anda masukkan no IC, anda akan dapat lihat status kelayakan dan baki kuota RON95 yang anda boleh beli untuk bulan tersebut.
- Kuota ini akan diperbaharui secara automatik setiap 1hb. Anda juga akan dapat resit yang memaparkan baki kuota BUDI95 anda.
- Cara Semakan Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel
- Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
- Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
- Jika anda layak, baki kuota BUDI95 anda akan dipaparkan dalam apps ini.
RUJUKAN
Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Portal Rasmi PADU: https://www.padu.gov.my/
- Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.mof.gov.my/
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): https://www.jpn.gov.my/
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN): https://www.kpdn.gov.my/