BANTUAN 200 DALAM IC : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN 200 DALAM IC : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Beberapa perubahan telah dilakukan bermula April 2025 untuk penyaluran bantuan SARA 2025 seperti peningkatan jumlah saluran kepada RM200 untuk kategori isi rumah.

Selain itu, penerima STR yang bukan dalam data eKasih juga turut menerima bantuan ini hanya untuk kategori isi rumah serta warga emas tanpa pasangan.

Bagaimanakah bantuan 200 dalam IC? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: UJIAN KECERGASAN IPG

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Kadar bantuan yang disalurkan kepada penerima bantuan adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 200 DALAM IC

Penerima boleh menyemak status dengan menuruti panduan berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA PEMBELIAN BANTUAN 200 DALAM IC DI PASARAYA

Pasaraya atau kedai runcit yang berdaftar akan menggunakan prosedur berikut untuk penerima bantuan yang ingin membuat pembelian:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment