BANTUAN 100 RINGGIT ONE OFF : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN 100 RINGGIT ONE OFF : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan secara sekaligus kepada penerima melalui MyKad masing-masing.

Apakah bantuan 100 ringgit? Ikuti maklumat dan info seterusnya di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN PADANS SABAH 2025

PENYALURAN BANTUAN 100 RINGGIT ONE OFF

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menerima bantuan sebanyak RM100 yang akan disalurkan ke MyKad masing-masing dengan tujuan untuk membeli barangan keperluan asas yang diperlukan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar dengan program MyKasih.

Bantuan ini adalah merupakan dibawah program Sumbangan Asas Rahmah dimana rakyat yang disenaraikan dalam data eKasih sahaja yang menerima bantuan ini serta penerima bantuan STR.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Bermula 31 Ogos 2025, penyaluran akan dilakukan secara terus melalui kad pengenalan penerima masing-masing. Bantuan ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 untuk penerima membeli barangan keperluan asas yang diperlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan berikut adalah yang diperlukan untuk menerima bantuan secara one off ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 RINGGIT ONE OFF 2025

Berikut merupakan cara untuk mengetahui status penerima bantuan SARA one off secara dalam talian sahaja:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KAEDAH PENEBUSAN BANTUAN ONE OFF

Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya atau kedai runcit berdaftar dibawah program MyKasih:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.

Nota: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment