BANTUAN 100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SARA
Sumbangan Asas Rahmah secara one off yang bakal disalurkan kelak adalah berbeza dengan bantuan yang disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima itu. Bantuan ini hanya disalurkan secara sekali sahaja dan rata-rata rakyat dewasa Malaysia akan mendapatnya.
Bagaimanakah bantuan 100 one off? Ikuti info seterusnya di bawah ini untuk ketahui dengan lebih mendalam lagi.
BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN STR
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 ONE OFF
Bantuan ini turut meletakkan syarat kelayakan untuk bakal penerima iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one off atau sekaligus iaitu sebanyak RM100 akan dikreditkan dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia pada 31 Ogos 2025.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan asas keperluan yang berlabel MyKasih sehingga 31 Disember 2025 di pasaraya serta kedai runcit berdaftar.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 ONE OFF 2025
Ikuti panduan berikut untuk membuat semakan status anda secara dalam talian sebagai penerima bantuan:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS
Rujuk langkah-langkah pembelian berikut untuk mengelakkan berlakunya masalah sewaktu pembayaran di kaunter:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
- Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
SENARAI BARANGAN BANTUAN 100 ONE OFF
Rujuk senarai berikut untuk pembelian barangan dan jenama yang dibenarkan:
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]