BANTUAN 100 MYKAD 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Berita gembira buat rakyat Malaysia yang ditunggu-tunggu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Semua warganegara yang berusia 18 tahun ke atas akan memperoleh bantuan SARA secara one off yang akan disalurkan ke kad pengenalan masing-masing kelak.
Apakah bantuan 100 MyKad? Ikuti penerangan info dan maklumat terkini di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN PADANS SABAH 2025
BANTUAN 100 MYKAD SECARA ONE OFF 2025
Perdana Menteri telah memutuskan untuk memberi bantuan secara one off (sekaligus) melalui program Sumbangan Asas Rahmah kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Penggunaan bantuan ini juga sama dengan bantuan SARA yang disalurkan sebelum ini iaitu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah disenaraikan jenama serta jenis barangan yang dibolehkan untuk dibeli di pasaraya dan kedai-kedai runcit yang berdaftar.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan ini akan disalurkan sebanyak RM100 melalui MyKad penerima bermula 31 Ogos 2025 dan boleh ditebus serta digunakan dalam tempoh sehingga 31 Disember 2025.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Hanya dua syarat kelayakan yang dikenakan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 ONE OFF MYKAD 2025
Panduan berikut disediakan untuk individu yang ingin melakukan semakan status mengenai bantuan SARA one off yang bakal disalurkan kelak:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PENEBUSAN BANTUAN MYKAD
Penebusan boleh dilakukan seperti panduan berikut di kedai-kedai berdaftar atau di pasaraya:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
Nota: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]