SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD : SARA UNTUK SEMUA ONE OFF
Bantuan yang disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima tidak boleh dikeluarkan atau disalurkan ke medium lain. Penggunaan bantuan ini hanyalah untuk membuat pembelian barangan asas yang mempunyai label MyKasih di pasaraya serta kedai runcit yang berdaftar.
Orang ramai diminta untuk berwaspada dengan kenyataan atau tawaran mana-mana pihak yang menyatakan boleh mengeluarkan wang bantuan daripada IC masing-masing.
Bagaimanakah semakan RM100 dalam MyKad? Ikuti panduan dan rujukan yang disediakan di dalam artikel ini.
BACA JUGA: STR 2025 SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Kelayakan berikut adalah ciri utama untuk menjadi penerima bantuan tambahan ini iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH PENYALURAN RM100 DALAM MYKAD
Pengkreditan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu bantuan sebanyak RM100 akan disalurkan ke dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025 ini.
Penggunaan bantuan ini adalah bermula daripada hari penyaluran sehingga ke 31 Disember 2025 untuk membuat sebarang pembelian barangan asas yang diperlukan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100 DALAM MYKAD
Rujuk panduan berikut untuk membuat semakan status penerima bantuan SARA one off ini:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
Catatan: Untuk semakan status penerima SARA one off ini adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
KAEDAH SEMAK BAKI BANTUAN DALAM IC
Baki yang ada dalam kad pengenalan penerima boleh disemak dengan menuruti salah satu panduan berikut:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
PANDUAN MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Ikuti panduan berikut untuk melakukan pembelian di pasaraya atau kedai runcit yang berdaftar:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
- Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]